Untuk menangkap gambar yang baik memerlukan latihan yang
banyak dan kerap. Semakin banyak latihan yang dibuat dan gambar yang ditangkap
akan membuatkan anda lebih arif dengan hal kamera anda dan juga situasi
sekeliling semasa menangkap gambar.
Ada dua jenis latihan yang anda boleh lakukan:
- Serasikan diri anda dengan kamera anda dan peralatan anda.
- Mahirkan diri anda menggunakan Software Editing untuk mengedit gambar anda.
Ok.
Kesilapan yang sering dilakukan oleh Kameraman ialah,
Kameraman lupa mengubah Exposure mengikut situasi dan terus menangkap gambar
walaupun cahaya muncul dari belakang subjek.
Perlu diingatkan bahawa ketika menangkap gambar outdoor,
perkara ini perlu diambil berat.
Lupa perkara ini, gambar-gambar anda hampir tidak boleh
diselamatkan oleh kerana ‘underexpossure’ dan ‘overexpossure’.
Perkara yang anda perlu sentiasa ingat:

==============================================================
“..nanti adalah satu-satu gambar yang menarik nanti. Aku dah shoot banyak dah ni takkan lah takde yang cantik”.
JANGAN. Ambil masa untuk fikir Shot apa yang anda perlukan, yang anda inginkan.
Dengan ini anda boleh memberi arahan kepada client anda untuk shot yang anda perlukan. Lagipun, mereka merupakan client anda, dan tugas anda ialah menangkap memori dan gambar yang terbaik untuk mereka. Jadi jika anda perlu mengarahkan mereka untuk dapat gambar yang cantik, sila buat demikian. Bantu mereka semasa mengarah supaya mereka lebih selesa dengan anda.
================================================================
Belajar tentang ‘Pose’. Perkara ini adalah penting. Sekarang banyak sumber online yang percuma. Belajar dari pelbagai sumber, termasuklah hasil kerja fotografer yang lain. Ini akan memberikan anda idea untuk mendapatkan pose yang lebih menarik.

=================================================================
Akhirnya~ SENTIASA. Saya ingat kan. SENTIASA. Saya ingatkan semula. SENTIASA. Shoot gambar anda dalam format RAW. Ini akan memudahkan anda untuk post shoot, dimana proses mengedit gambar RAW. Belajar bagaimana untuk edit gambar RAW. Percayalah bahawa hasil kerja anda akan lebih bagus dengan edit RAW berbanding JPEG. Perbezaan antara JPEG denan RAW sangat berbeza.

Lihat perbezaan antara Kualiti JPEG dan RAW sangat berbeza. RAW juga boleh menyelamatkan anda jika gambar Burst overexposed seperti gambar yang dipaparkan.
No comments:
Post a Comment