Wednesday, June 29, 2016

Jenis-jenis Composition Selain daripada Rule of Third..

  Hey  
                     


Bila kita berbincang dan bercakap tentng Composition, perkara yang pertama yang kita akan fikir ialah The Rule of Third. Ya saya. Betul kan?

The Rule of Third adalah komposisi yang sangat baik dan ianya membantu photographer level Beginner dalam mendapatkan gambar yang baik.


Tetapi, sebagai seorang Photographer, kita perlu sentiasa...Sentiasa....
DAAAAAAAAAN   SENTIASA!!   mencuba sesuatu yang baru dalam meningkatkan skill photography.

Ya betul, The Rule of Third adalah komposisi yang paling banyak digunakan dan paling ramai orang tahu akan komposisi ini. The Rule of Third juga adalah Komposisi terawal yag diajarkan kepada saya. 



Maka, bila saya tahu akan The Rule of Third, saya tak terfikir nak tahu komposisi yang lain.




Tapi sebagai photographer kita perlu ambil tahu, banyak lagi jenis-jenis komposisi yang anda boleh cuba dan belajar. Ada yang susah dan ada yang senang. Kita cuba dan belajar, kerana pengalaman akan mematangkan sudut pandang anda sebagai Photographer.





 1. Unity 

Unity. Subjek yang tersusun. Seperti Contoh satu komposisi sudut yang berulang-ulang...atau Corak yang berulang-ulang sama ada dari sudut bentuk, garisan, atau warna pada subjek anda. 




 2. Balance,Rythm 

Balance, keseimbangan pada subjek anda. Ini bermaksud anda menstabilkan kiri dan kanan gambar anda menjadi Symmetrical. Anda boleh mengaktifkan Line Grid pada Camera anda untuk membantu anda dalam tugasan ini.

Symmetrical Petronas Twin Tower
Rythm pula lebih kurang sama dengan Balance, namun ianya lebih kepada ulangan corak, atau bentuk pada scene. Komposisi Rythm sedikit sukar untuk dilakukan, dan selalunya photographer akan mengambil gambar jarak dekat ataupun gambar abstract untuk menonjolkan kompisisi jenis ini.




 3. Golden Ratio/Fibonacci Spiral 

The Golden Ratio atau Fibonacci Spiral adalah antara komposisi yang sukar untuk mahir. Namun Komposisi ini telah digunakan sejak berabad dalam prinsip design. Kebanyakan photographer akan menggunakan teknik ini dalam memberi tafsiran kepada gambar bersubjek alam semulajadi. Ianya seperti pusaran yang kita lihat pada cengkerang siput. Teknik ini menggunakan ratio 1:1.618 dan ianya memberikan hasil yang sangat menarik dalam design.




 4. Space 

Open...negative Space...
Teknik ini lebih kurang sama dengan maksud Minimalist. Komposisi ini mewujudkan ruang yang luas dengan subjek yang sedikit di dalam gambar





 5. Go Rebel!! 

Kadangkala, gambar yang menarik datang dari visi yang memberontak. Bagus untuk anda mengikut beberapa komposisi yang telah tersedia, tapi lebih bagus lagi jika anda dapat mencari satu sudut yang tidak mengikut mana-mana komposisi, anda reka vision anda sendiri. Kembangkan jalan cerita anda, dan cuba untuk tidak mengikut mana-mana rules dan utamakan content pada gambar anda.






Tuesday, June 28, 2016

Smartphone Photography

OK!!

Sekarang tinggal lagi beberapa hari kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Ada yang masih berfikir bagaimana nak balik raya, ada yang tengah merancang perjalanan raya.

dan ada yang mengejar pecutan 10 malam terakhir Ramadhan.


Alhamdulillah~


  Bagaimanapun  


suasana di kampung adalah suasana yang jarang kita dapat, dan kerana itu ramai yang dah bersedia awal-awal packing DSLR masing2, dan ada yang siap prepare Tripod untuk mengambil gambar yang sempurna di kampung halaman.


Namun, yang anda ada hanyalah sebiji smartphone, sama ada iphone atau android.
                          
  Jangan RISAU  
                                
siapa kata Smartphone tak boleh ambil gambar yang cantik?
Hari ini kita akan belajar apa yang perlu diambil kira untuk mendapatkan gambar yang cantik...



                                                           LIGHTING!!!                                                              

Teknik pencahayaan adalah sangat penting dalam teknik Fotografi. Sama ada anda menggunakan Smartphone atau DSLR, teknik pencahayaan mempengaruhi besar kualiti dan kreativiti gambar anda. 

ELAKKAN Direct Sunlight!

Ini akan menyebabkan gambar anda jadi terlampau terang, silau dan tidak cantik. Gambar yang terlampau terang akan menghilangkan Warna yang cantik dan juga ketajaman gambar. Gambar anda akn kelihatan kabur-kabur dan detal pada gambar akan rosak.

Ada dua Ketika yang terbaik untuk ada mengambil gambar; Awal Pagi semasa matahari baru terbit, dan Waktu senja semasa matahari terbenam. Dua masa ini dikenali sebagai...
                                        
THE GOLDEN HOURS
                                        

JANGAN SESEKALI PERCAYAKAN AUTOFOCUS CAMERA ANDA

Bagi pengguna Iphone atau Android, hal ini sebenarnya perkara basic yang anda perlu tahu. Tap pada screen anda untuk lock Fokus pada satu2 subjek. Jika anda bergerak, Tap semula untuk fokus semula pada subjek. Jangan terus menangkap gambar kerana sistem auto fokus pada lens camera anda tidak secepat yang ada pada DSLR, ini akan menyebabkan gambar yang anda tangkap menjadi Kabur, dan anda terlepas beberapa moment penting pad Hari Raya nanti.




Bagi pengguna Iphone, jika anda menangkap gambar still, seperti group photo di mana subjek tidak bergerak banyak. Anda boleh menggunakan AutoFocus/AutoExpossure Lock. Buka Aplikasi Camera dan tekan pada screen selama 3 saat, Fokus dan Expossure anda akan dikunci. Setting ini amat bagus untuk mengambil Multiple Picture.

                                                                   HDR                                                               

Apa tu HDR? Pernah nampak pada phone anda? Pernah guna? Kalau pernah guna, tahu apa kegunaannya? HDR adalah singkatan bagi High Dynamic Range.

Jika anda menggunakan fungsi HDR, Phone Camera anda akan mengambil beberapa gambar, 3 Gambar overexposed dan 3 gambar underexposed, dan kesemua gambar ini akan digabungkan untuk mendapat gambar yang terbaik dari segi warna dan pencahayaan. Oleh itu, jika anda menggunakan fungsi ini, pastikan tangan anda berada dalam keadaan kukuh dan tidak bergoyang kerana ia akan merosakkan gambar pada setting HDR.

HDR amat berguna jika anda menangkap gambar yang kurang warna, atau terlampau cerah dan anda ingin mengembalikan warna pada gambar tersebut. HANYA GUNAKAN HDR PADA KEADAAN TERTENTU SEPERTI SITUASI KURANG CAHAYA ATAU TERLEBIH CAHAYA.  

                                            FLASH @ Lighting Semulajadi                                                 

Flash pada camera phone anda adalah flash yang kurang berkualiti sebenarnya. Ia akan menyebabkan gambar anda menjadi terlampau cerah pada satu tempat sahaja dan cahaya yang dipancarkan tidak sekata. Kalau boleh, elakkan menggunakan Flash yang ada pada kamera anda, dan cari lokasi yang sesuai di mana cahaya semula jadi sedang-sedang terang untuk anda menangkap gambar. Cahaya Semulajadi adalah lebih baik daripada Flash yang terbina pada Phone anda.

   ZoooooooM     ZOOOOOM    ZOOOOOM   ZOOOOOOOM

Come on bro. JANGAN. Saya ulangi. JANGAN. Saya ulangi semula. JANGAN SESEKALI ZOOM menggunakan Phone Camera anda. Kalau subjek anda jauh dari anda, anda perlu datang dekat pada subjek anda. Harus diingatkan sentiasa, Bahawa Phone Camera anda bukanlah DSLR dan lens pada Phone Camera anda bukanlah seperti Lens DSLR yang anda mempunya range jauh seperti 35-200mm. Phone Camera adalah amat terbatas dalam aspek Zoom. Ia adalah satu aspek yang anda harus korbankan untuk fungsi Mobiliti. 

Berlainan dengan DSLR, anda akan dapat Fungsi yang lengkap pada ZOOM, ISO, Apperture dan sebagainya. Namun kelebihan mobiliti, senang dibawa dan disimpan dalam kocek perlu dikorbankan. Ya betul, kini banyak model DSLR yang bersaiz kecil seperti Mirrorless DSLR, contohnya Sony A7s dan NEX 7. Namun harganya adalah diluar kemampuan pengguna biasa. 

Tapi jika anda adalah Smartphone Photographer yang tegar. Mungkin anda boleh lihat Sony QX1. Mirrorless smartphone detachable Lense. 





Buat masa sekarang, Sony QX1 hanya datang dalam E-Mount sahaja. Anda perlu membeli lens yang sesuai sahaja untuk Sony E-Mount. QX1 mempunyai APS-C size Exmor® CMOS sensor dan BIONZ X™ Processing Image dari sony. Tapi harganya sekarang $400 untuk body sahaja tidak termasuk Lens.

Tapi boleh lah berlagak kan, cakap kt orang aku guna Smartphone je tangkap gambar.
Berikut antara kelebihan pada Sony QX1. Satu-satunya kekurangan yang saya lihat pada QX1 adalah harganya yang sangat sangat sangat dan SANGAT MAHAL...
Tapi kalau anda sanggup, apa salahnya.





Oh ya. Jika anda terdesak juga nak Zoom, hey, Tangkap je gambar seperti biasa dan semasa editing nanti, Crop sahaja pada subjek yang anda inginkan. Ianya tetap akan memberi kesan kepada gambar anda, tapi tidaklah seteruk gambar yang anda tangkap semasa ZOOM.

Berikut antara beberapa Tips yang anda perlu ambik kira dalam menggunakan Phone anda sebagai pengganti DSLR. Mungkin anda takde DSLR. Mungkin anda ada DSLR tapi dah habis Batteri..Mungkin Batteri tak habis tapi tengah transfer...apa2 saja halnya yang membuatkan anda hanya ada pilihan Phone sebagai pengganti kamera untuk merakam memori semasa Hari Raya.

Jangan lepaskan moment terindah semasa Hari Raya. Camera Phone bukanlah alasan untuk gambar tidak cantik. Camera tiada mata, tiada rasa, tak tahu moment, tak tahu komposisi. Yang tahu semuanya adalah anda. Jadi, Kamera DSLR atau Phone..

 Anda Mampu Merakam Memori Indah 


Friday, June 24, 2016

KESILAPAN YANG SERING DILAKUKAN OLEH FOTOGRAFER BEGINNER

Untuk menangkap gambar yang baik memerlukan latihan yang banyak dan kerap. Semakin banyak latihan yang dibuat dan gambar yang ditangkap akan membuatkan anda lebih arif dengan hal kamera anda dan juga situasi sekeliling semasa menangkap gambar.

Ada dua jenis latihan yang anda boleh lakukan:
  • Serasikan diri anda dengan kamera anda dan peralatan anda.
  • Mahirkan diri anda menggunakan Software Editing untuk mengedit gambar anda.


Ok. 

Kesilapan yang sering dilakukan oleh Kameraman ialah, Kameraman lupa mengubah Exposure mengikut situasi dan terus menangkap gambar walaupun cahaya muncul dari belakang subjek.

Perlu diingatkan bahawa ketika menangkap gambar outdoor, perkara ini perlu diambil berat.

Lupa perkara ini, gambar-gambar anda hampir tidak boleh diselamatkan oleh kerana ‘underexpossure’ dan ‘overexpossure’.

Perkara yang anda perlu sentiasa ingat:


Anda perlu kenalpasti perubahan cahaya setiap masa sebelum menangkap gambar dan mengubah setting kamera anda mengikut cahaya sekeliling. Ini memerlukan latihan sangat banyak dan kadangkala Fotografer Profesional turut terlepas pandang akan hal ini. Namun dengan latihan yang banyak, anda akan lebih focus dan anda akan perasan perubahan cahaya sekeliling. Jangan lupa untuk melihat semula gambar setiap kali selepas and shoot, andai kata anda perlu membuat perubahan dan shoot semula.

==============================================================
Ambil masa. Bernafas. Rileks. Jangan terlampau kalut. Banyak antara fotografer beginner kurang pandai mengarah subjek untuk pose. Mereka terus-terusan menangkap gambar dengan harapan 



“..nanti adalah satu-satu gambar yang menarik nanti. Aku dah shoot banyak dah ni takkan lah takde yang cantik”.

JANGAN. Ambil masa untuk fikir Shot apa yang anda perlukan, yang anda inginkan.

Dengan ini anda boleh memberi arahan kepada client anda untuk shot yang anda perlukan. Lagipun, mereka merupakan client anda, dan tugas anda ialah menangkap memori dan gambar yang terbaik untuk mereka. Jadi jika anda perlu mengarahkan mereka untuk dapat gambar yang cantik, sila buat demikian. Bantu mereka semasa mengarah supaya mereka lebih selesa dengan anda.


================================================================

Belajar tentang ‘Pose’. Perkara ini adalah penting. Sekarang banyak sumber online yang percuma. Belajar dari pelbagai sumber, termasuklah hasil kerja fotografer yang lain. Ini akan memberikan anda idea untuk mendapatkan pose yang lebih menarik.

Kadangkala anda akan dapat client atau subjek yang tidak tahu bagaimana untuk Pose. Jadi, ini merupakan tugas anda untuk memandu mereka bagaimana untuk pose. Anda perlu ingat bahawa Candid hanya boleh digunakan sekali sekala, dan bukan semua shoot anda perlu candid sahaja. Anda perlu set kan subjek untuk berdiri di mana, berdiri bagaiman dan menggayakan dirinya bagaimana. Walaupun anda memalsukan Candid Pose, ia akan memberikan gambar yang lebih menarik kerana gambar yang seolah candid itu dirancang. Ini akan membantu anda jimat space dalam memori kad anda dengan kurang mengambil gambar yang silap.


=================================================================
  Akhirnya~  

SENTIASA. Saya ingat kan. SENTIASA. Saya ingatkan semula. SENTIASA. Shoot gambar anda dalam format RAW. Ini akan memudahkan anda untuk post shoot, dimana proses mengedit gambar RAW. Belajar bagaimana untuk edit gambar RAW. Percayalah bahawa hasil kerja anda akan lebih bagus dengan edit RAW berbanding JPEG. Perbezaan antara JPEG denan RAW sangat berbeza.
Jika anda edit gambar pada format JPEG menggunakan Photoshop. Hasil kerja anda akan jelas Nampak seperti diedit dan hasilnya kurang memuaskan. Berbeza pula dengan RAW, dimana anda boleh edit hampir kebanyakan aspek seperti Exposure.
Lihat perbezaan antara Kualiti JPEG dan RAW sangat berbeza. RAW juga boleh menyelamatkan anda jika gambar Burst overexposed seperti gambar yang dipaparkan.





Wednesday, June 22, 2016

KURSUS ASAS VIDEO SIRI 1

Feedback Peserta Kursus Asas Video




Kursus Video Akan diadakan pada setiap bulan... Hubungi 013-7053810 untuk tempahan tempat.