Sekarang tinggal lagi beberapa hari kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Ada yang masih berfikir bagaimana nak balik raya, ada yang tengah merancang perjalanan raya.
dan ada yang mengejar pecutan 10 malam terakhir Ramadhan.
Alhamdulillah~
Bagaimanapun
suasana di kampung adalah suasana yang jarang kita dapat, dan kerana itu ramai yang dah bersedia awal-awal packing DSLR masing2, dan ada yang siap prepare Tripod untuk mengambil gambar yang sempurna di kampung halaman.
Namun, yang anda ada hanyalah sebiji smartphone, sama ada iphone atau android.
Jangan RISAU
siapa kata Smartphone tak boleh ambil gambar yang cantik?
Hari ini kita akan belajar apa yang perlu diambil kira untuk mendapatkan gambar yang cantik...
LIGHTING!!!
Teknik pencahayaan adalah sangat penting dalam teknik Fotografi. Sama ada anda menggunakan Smartphone atau DSLR, teknik pencahayaan mempengaruhi besar kualiti dan kreativiti gambar anda.
ELAKKAN Direct Sunlight!
Ini akan menyebabkan gambar anda jadi terlampau terang, silau dan tidak cantik. Gambar yang terlampau terang akan menghilangkan Warna yang cantik dan juga ketajaman gambar. Gambar anda akn kelihatan kabur-kabur dan detal pada gambar akan rosak.
Ada dua Ketika yang terbaik untuk ada mengambil gambar; Awal Pagi semasa matahari baru terbit, dan Waktu senja semasa matahari terbenam. Dua masa ini dikenali sebagai...
THE GOLDEN HOURS
JANGAN SESEKALI PERCAYAKAN AUTOFOCUS CAMERA ANDA
Bagi pengguna Iphone atau Android, hal ini sebenarnya perkara basic yang anda perlu tahu. Tap pada screen anda untuk lock Fokus pada satu2 subjek. Jika anda bergerak, Tap semula untuk fokus semula pada subjek. Jangan terus menangkap gambar kerana sistem auto fokus pada lens camera anda tidak secepat yang ada pada DSLR, ini akan menyebabkan gambar yang anda tangkap menjadi Kabur, dan anda terlepas beberapa moment penting pad Hari Raya nanti.
Bagi pengguna Iphone, jika anda menangkap gambar still, seperti group photo di mana subjek tidak bergerak banyak. Anda boleh menggunakan AutoFocus/AutoExpossure Lock. Buka Aplikasi Camera dan tekan pada screen selama 3 saat, Fokus dan Expossure anda akan dikunci. Setting ini amat bagus untuk mengambil Multiple Picture.
HDR
Apa tu HDR? Pernah nampak pada phone anda? Pernah guna? Kalau pernah guna, tahu apa kegunaannya? HDR adalah singkatan bagi High Dynamic Range.
Jika anda menggunakan fungsi HDR, Phone Camera anda akan mengambil beberapa gambar, 3 Gambar overexposed dan 3 gambar underexposed, dan kesemua gambar ini akan digabungkan untuk mendapat gambar yang terbaik dari segi warna dan pencahayaan. Oleh itu, jika anda menggunakan fungsi ini, pastikan tangan anda berada dalam keadaan kukuh dan tidak bergoyang kerana ia akan merosakkan gambar pada setting HDR.
HDR amat berguna jika anda menangkap gambar yang kurang warna, atau terlampau cerah dan anda ingin mengembalikan warna pada gambar tersebut. HANYA GUNAKAN HDR PADA KEADAAN TERTENTU SEPERTI SITUASI KURANG CAHAYA ATAU TERLEBIH CAHAYA.
FLASH @ Lighting Semulajadi
Flash pada camera phone anda adalah flash yang kurang berkualiti sebenarnya. Ia akan menyebabkan gambar anda menjadi terlampau cerah pada satu tempat sahaja dan cahaya yang dipancarkan tidak sekata. Kalau boleh, elakkan menggunakan Flash yang ada pada kamera anda, dan cari lokasi yang sesuai di mana cahaya semula jadi sedang-sedang terang untuk anda menangkap gambar. Cahaya Semulajadi adalah lebih baik daripada Flash yang terbina pada Phone anda.
ZoooooooM ZOOOOOM ZOOOOOM ZOOOOOOOM
Come on bro. JANGAN. Saya ulangi. JANGAN. Saya ulangi semula. JANGAN SESEKALI ZOOM menggunakan Phone Camera anda. Kalau subjek anda jauh dari anda, anda perlu datang dekat pada subjek anda. Harus diingatkan sentiasa, Bahawa Phone Camera anda bukanlah DSLR dan lens pada Phone Camera anda bukanlah seperti Lens DSLR yang anda mempunya range jauh seperti 35-200mm. Phone Camera adalah amat terbatas dalam aspek Zoom. Ia adalah satu aspek yang anda harus korbankan untuk fungsi Mobiliti.
Berlainan dengan DSLR, anda akan dapat Fungsi yang lengkap pada ZOOM, ISO, Apperture dan sebagainya. Namun kelebihan mobiliti, senang dibawa dan disimpan dalam kocek perlu dikorbankan. Ya betul, kini banyak model DSLR yang bersaiz kecil seperti Mirrorless DSLR, contohnya Sony A7s dan NEX 7. Namun harganya adalah diluar kemampuan pengguna biasa.
Tapi jika anda adalah Smartphone Photographer yang tegar. Mungkin anda boleh lihat Sony QX1. Mirrorless smartphone detachable Lense.
Buat masa sekarang, Sony QX1 hanya datang dalam E-Mount sahaja. Anda perlu membeli lens yang sesuai sahaja untuk Sony E-Mount. QX1 mempunyai APS-C size Exmor® CMOS sensor dan BIONZ X™ Processing Image dari sony. Tapi harganya sekarang $400 untuk body sahaja tidak termasuk Lens.
Tapi boleh lah berlagak kan, cakap kt orang aku guna Smartphone je tangkap gambar.
Berikut antara kelebihan pada Sony QX1. Satu-satunya kekurangan yang saya lihat pada QX1 adalah harganya yang sangat sangat sangat dan SANGAT MAHAL...
Tapi kalau anda sanggup, apa salahnya.
Oh ya. Jika anda terdesak juga nak Zoom, hey, Tangkap je gambar seperti biasa dan semasa editing nanti, Crop sahaja pada subjek yang anda inginkan. Ianya tetap akan memberi kesan kepada gambar anda, tapi tidaklah seteruk gambar yang anda tangkap semasa ZOOM.
Berikut antara beberapa Tips yang anda perlu ambik kira dalam menggunakan Phone anda sebagai pengganti DSLR. Mungkin anda takde DSLR. Mungkin anda ada DSLR tapi dah habis Batteri..Mungkin Batteri tak habis tapi tengah transfer...apa2 saja halnya yang membuatkan anda hanya ada pilihan Phone sebagai pengganti kamera untuk merakam memori semasa Hari Raya.
Jangan lepaskan moment terindah semasa Hari Raya. Camera Phone bukanlah alasan untuk gambar tidak cantik. Camera tiada mata, tiada rasa, tak tahu moment, tak tahu komposisi. Yang tahu semuanya adalah anda. Jadi, Kamera DSLR atau Phone..
Anda Mampu Merakam Memori Indah
No comments:
Post a Comment