Mohd Radzman Bin Basinon atau lebih dikenali sebagai Radzman Basinon (dRB). Dilahirkan pada 13 Julai 1981 di Bagan Datuk, Perak. Merupakan anak sulung daripada 5 orang adik-beradik.
Mula terlibat dalam bidang kreatif iaitu sebagai kru produksi sejak tahun 2003. Pernah terlibat dalam mengendalikan beberapa buah syarikat Produksi TV dan Filem di Malaysia. Kini menyumbangkan kepakaran sebagai seorang Pengarah Kreatif di Sixtysix Action Academy.
Mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang Video Film Production dan Technical Producer. Pada tahun 2020, telah mendapat pengiktirafan sebagai seorang Pengarah Filem oleh Film Directors Association of Malaysia ; FDAM.
Memiliki pengalaman luas dalam bidang Penerbitan Rancangan TV. Kini, menjadi pelopor dan rujukan bagi kepakaran Audio Visual Live Streaming di Media Sosial
Pendidikan
- 1989 - 1993: Sekolah Kebangsaan Salak South
- 1994 - 1998: Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur
Kemudian melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Antarabangsa Selangor (UIS) dalam bidang Pengajian Islam.
Pada tahun 2023, dianugerahkan Diploma Pembangunan Kandungan Kreatif [IT-070-4:2011], Video / Produksi Filem (Pengambaran) [IT-071-3:2011] dan Operasi Jualan & Pemasaran [FB-018-3:2012] melalui Pembuktian Pengalaman Terdahulu (PPT) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.
Pencapaian
Diiktiraf sebagai Trainer dan Coach oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia dalam bidang:
- Pembangunan Kandungan Kreatif [IT-070-4:2011]
- Video / Produksi Filem (Pengambaran) [IT-071-2:2011]
- Video / Produksi Filem (Pengambaran) [IT-071-3:2011]
- Artis Mulmedia - Visual [IT-050-2]
- Rekabentuk Multimedia Interaktif [J582-001-3:2019]
- Fotografi [AC-050-3:2012]
No comments:
Post a Comment